
Menawarkan spektrum Vitamin B yang lengkap dan seimbang:
B1(50mg),B6(50mg),Niacinamide(50mg),Calcium D Pantothenate(50mg),Choline Bitartrate(50mg),Inositol(50mg),B2(30mg),Folic Acid(100mcg),B12(50mcg),Biotin(50mcg)
Vitamin B Diperlukan untuk menentang tekanan,terutamanya dengan gaya hidup kini yang penuh cabaran. Ia menyokong fungsi kalenjar adrenal dan sistem saraf,seterusnya mengatasi masalah mudah meradang,mengurangkan keletihan,meningkatkan daya tumpuan dan kecergasan serta meningkatkan keupayaan mental.Vitamin B juga dikenali sebagai "vitamin untuk kegembiraan" sering disyorkan oleh pakar perubatan untuk menangani tekanan dan kemurungan.Ia meningkatkan penghasilan serotonin dalam badan iaitu sejenis pemancar saraf yang meningkatkan mood.Vitamin B juga diperlukan untuk menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga.Ia juga membantu mengurangkan rasa idam dan mengelakkan peningkatan berat badan.
Vitamin B biasanya didapati pada sayuran hijau berdaun dan bijirin tetapi termusnah semasa makanan diproses atau dimasak.Tekanan,perpeluhan,merokok dan pengambilan kopi,teh,minuman keras,karbohidrat dan gula terproses juga mengurangkan tahap vitamin B dalam badan.Kadar penyerapan vitamin B di kalangan warga tua pula amat rendah.
Gejala-gejala kekurangan vitamin B termasuk :
Ulser mulut
Kurang darah
Sering keletihan
Kegundahan
Mudah meradang
Sering rungsing atau resah
Penukaran emosi dengan tiba-tiba
Kurang daya tumpuan
Masalah tidur
Sukar mengingat kembali mimpi
Tangan,jari tangan atau kaki bergelenyar
Masalah ketidakhadaman
Amat disyorkan untuk:
Wanita datang haid
Ibu mengandung
Mereka yang kurang darah
Warga tua
Warga yang sibuk
Peminum Kopi/perokok
Para pelajar